Monday, February 1, 2010

Apa Itu Transfer Factor?

Transfer factor dipercayai mengandungi protein dan RNA, tetapi tiada DNA. Saiznya yang kecil - molekul yang beratnya kurang dari 10,000 - membuatkan ia tidak menyebabkan alergi dan membolehkan ia mengekalkan potensi penuh apabila diambil secara oral. Kolosterum semua mamalia sebenarnya kaya dengan transfer factor, dan sangat penting untuk menganugerahkan imuniti pasif kepada bayi yang baru dilahirkan melalui penyusuan badan.

Transfer factor adalah molekul mikroskopik dan semula jadi yang berada di dalam tubuh setiap manusia dan binatang. Mereka adalah utusan, menghantar maklumat imuniti mengenai kehadiran ancaman kepada imun - sama ada dalaman atau luaran - dan bagaimana hendak bertindakbalas dengan betul, dari satu sel imun ke satu sel imun yang lain.

Transfer factor dikeluarkan oleh limfosit dengan fungsi imuniti perantara-sel. Mereka membawa imuniti sel-perantara khusus-antigen (hipersensitiviti jenis tertangguh) limfosit ibu kepada limfosit yang belum sensitif atau mentah. Mereka juga boleh meningkatkan aktiviti ransangan imun antigen tidak khusus limfosit penerima.

Transfer factor memindahkan maklumat imuniti - mengenali patogen dan gerak balas imun yang sesuai - melalui unsur (molekul atau sel) pencetus, penindas dan khusus-antigen.

Unsur pencetus membolehkan transfer factor membantu gerak balas imun terhadap jangkitan viral, parasit, malignan, penyakit mikobakterial, penyakit bakterial, jangiktan fungus, penyakit autoimun dan penyakit neurologikal. Molekul ini dapat memindahkan gerak balas imun dalam tempoh bawah 24 jam dan dengan ketara dapat mengurangkan atau menghapuskan gejala penyakit.
Unsur penindas mengawal sistem imun dari gerak balas yang berlebihan, seperti gerak balas terhadap debunga dan jisim asing yang lain, begitu juga dengan sel tubuh sendiri seperti dalam kes penyakit autoimun.
Unsur khusus-antigen membawa tanda pengenalan yang sistem imun gunakan untuk mengenali mikrob dan sel asing.
Transfer factor boleh dijumpai walaupun di dalam sistem imun yang paling primitif. Oleh yang demikian, unsur pencetus dan penindas transfer factor adalah universal (umum) dan boleh memindahkan imuniti melangkaui batas spesies. Justeru, transfer factor dari lembu dapat memberikan imuniti dalam tubuh manusia. Unsur khusus-antigen boleh memindahkan imuniti di antara spesies apabila berlaku pindah silang antara patogen khusus-antigen, seperti dalam kes cacar dan cacar lembu, E. coli, dll.

Proses Mengenali Penceroboh Asing



Transfer factor bergerak ke arah reseptor (penyambut) sel T.


Transfer factor masuk ke sel T.


Transfer factor ditarik masuk ke dalam sel T.


Transfer factor bercantum dengan struktur dalam sel T.


Sitokines dikeluarkan.
Sumber:

Natural Immune Booster: Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 1998.

The Super Supplement Combination for Optimal Immune Function: Enhanced Transfer Factor, William J. Hennen, Ph.D., Woodland Publishing, 2000.

A New Basis for the Immunoregulatory Activities of Transfer Factor - an Arcane Dialet in the Language of Cells, Lawrence HS, Borkowsky W. Cell Immunol, 1983.

Structural Nature and Functions of Transfer Factors, Kirkpatrick CH. Annals of The New York Academy of Sciences, 1993.




Mencari maklumat lain? Cari apa-apa saja di sini:



Lain-lain Berita / Info Kesihatan

Mana bantal saya?
BU, mana Kiki?? soal Aliyah Afifah Zamrud kepada ibunya. ?Tak payah bawa Kikilah. Kita nak pergi stesen minyak saja,? balas ibunya. ?Ala, nak Kiki juga....? rengek anak sulung daripada tiga beradik itu kepada ibunya lagi.

Khasiat susu coklat
BERTUBUH langsing memang menarik. Bagaimanapun tidak ramai wanita menyedari amalan diet keterlaluan bagi memiliki tubuh idaman sebenarnya mendedahkan mereka kepada risiko osteoporosis atau masalah tulang reput.

Harapan baru buat pesakit ginjal
SETIAP kali membaca mengenai rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang ytimbul persoalan, adakah mereka selesa menerima rawatan tersebut?

Mengenali ulser peptik
PERUT kita mengeluarkan sejenis asid yang boleh menghakis untuk membantu penghadaman makanan dan mencegah jangkitan. Dengan pH dari dua hingga tiga, pengeluaran asid secara berlebihan boleh merosakkan perut.

Khasiat glukosamin untuk sendi
Ibu saya yang berusia 60 tahun mengalami masalah sendi sehingga menjejaskan pergerakannya. Sekiranya masalah itu sejenis penyakit akibat penuaan, mengapakah suami saya yang dalam pertengahan usia juga mula mengalami simptom yang sama sejak kebelakangan ini?

Menyingkirkan toksin badan
SAYA mengamalkan julap untuk melawaskan pembuangan air besar sebagai cara untuk membuang toksik badan. Namun masalah sembelit akan kembali apabila saya berhenti mengambilnya. Adakah alternatif yang sesuai untuk saya menyingkirkan toksik?

Sindrom prahaid boleh diatasi
USAH nak ambil pekerja wanita. Mereka banyak ambil cuti sakit. Datang haid pun pelbagai masalah yang dihadapi. Ini menyusahkan pekerja yang lain. Jadual kerja terpaksa disusun semula," keluh seorang majikan lelaki. Benarkah perkara ini berlaku?

Mencegah kebocoran pundi kencing
MENGAWAL pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, sama ada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Alternatif awet muda
ANDA ingin kelihatan cantik tanpa melakukan pembedahan? Dalam era moden, mungkin anda boleh merawat masalah kesihatan kulit tanpa melakukan pembedahan. Menariknya, kaedah ini hanya mengambil masa satu hingga dua jam. Hasilnya, kulit anda akan lebih cerah dan tegang. Mungkin kaedah tidak invasif alternatif terbaik untuk anda merawat masalah kulit seperti parut, bintik atau tompok, lebihan kulit, garis halus, bentuk badan atau mengurangkan lemak badan.

Nilai kasih ibu
KASIH ibu membawa ke syurga. Mungkin ada benar ungkapan ini. Besar pengorbanan dan kasih ibu sukar diluahkan dengan kata-kata. Pengorbanan ibulah yang menjadi kekuatan gadis muda ini tatkala disahkan menghidap penyakit Sistematik Lupus Erithematous (SLE). Kasih ibunya menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan kehidupan